Hari ini tercatat sejarah apabila pelajar menduduki peperiksaan amali fizik. Seingat aku paling akhir ialah pada tahun 2002. Pihak SBP membuat percubaan amali untuk pelajar tingkatan 4. Seperti biasa SBP mengambil langkah proaktif demi kecemerlangan pelajar. Sepatutnya setiap hari ada tiga subjek iaitu biologi, kimia dan fizik. Tetapi Mozac mengambil keputusan untuk buat satu hari satu subjek untuk mengurangkan kos membeli peralatan. Jadi Biologi pada hari Isnin, Kimia pada selasa dan fizik pada hari Rabu. 152 pelajar dibahagi kepada 3 sidang, menggunakan 3 makmal sains.