Tuesday, 10 June 2025

Ziarah Ana Bakaq

Ziarah sahabat Sains Kedah, Norhana Abu Bakar. Aku panggil Ana Bakaq je. Kawan sekelas S3 dari form 1 sampai form 5 ie 1977 - 1981. Memang kami rapat. 

Lepas SPM aku ke Nebraska US dan Ana ke Virginia US. Kami dapat tawaran biasiswa dari Kementerian Pelajaran cuma aku ambil Fizik dan Ana ambil matematik. Masa di US kami pernah jumpa sekali bila dia datang Nebraska. Event paling tak lupa ialah petik.

Dapat tahu masa reunion last year yg Ana dapat breast cancer. Masa tu dia baru operate buang buah dada. Tapi dia memang positif. Dia dok bercerita pasal perjalanan proeses Chemo dan hal2 berkaitan insurans. Banyak juga dia keluar duit sebab tak semua rawatan dicover oleh insurans. Dia frust sebab agen tak layan dengan baik. Adik aku Ina pun mai ikut sekali ziarah Ana. Ina juga bercerita pengalaman dia berubat kanser darah hampir 6 tahun lepas. 

Apa pun dia dah berada di final stage radiotherapy. Hopely kuman cancer dah tak ada lagi. Semoga persahabatan kami kekal sampai ke syurga. 









Sunday, 8 June 2025

Ziarah ke rumah kakak Suhairiah Yusoff

Ahad 8 Jun / 11 zulhijjah 1446
Alhamdulillah aku dapat balik ke rumah Inat di Taman Ria Sungai Petani sempena Hari raya Aidil Adha. Kali ni ditemani Amir dan Ina. Kami bertolak rabu 4 jun petang dan sampai kul 11.30 mlm. Baru balik dari UK sehari sebelum tu. Cadang nak balik seminggu. Antara tujuan utama selain nak beraya bersama2 sekeluarga ialah nak ziarah Kak Shu kat Kuala Nerang. Dengar abang Chop tak sihat. Kak Shu pun katanya tak berapa sihat. 
Alhamdulillah dapat jumpa kak Shu setelah dua tahun. Nampak sihat pada usia 66 tahun. Tapi tak berapa kuat la nak buat kerja remeh2 macam masak. Itu pun ada menantu tolong sediakan hidangan bihun goreng untuk kami. Anak sulung kak Shu, Yuslan (Lan) belikan lemang kosong. Sedap juga. Aku makan la tiga ketul utk lepas geram. 
Lepas tu Kak Shu jamu pula durian dari pokok kat kebun. Makanla empat ulas. Apapun seronok tengok kak Shu ceria dengan ziarah kami. Siap bercerita kisah lama. Yang sedihnya bila dia kata dulu dia tak dapat kasih sayang seorang ibu. Maknya tak bela kak Shu selepas bercerai dgn abah. Mak kak shu merupakan isteri kedua abah. Lepas bercerai baru abah kahwin dengan mak. Mak saudara Wa Bedah bela kak Shu dari kecil. Mak aku ada jaga kak Shu sebab senang dia nak pi sekolah. Tapi tak lama lepas tu dia cabut lari, agaknya mak aku ni garang kot...
Tu la kisahnya perasaan sedih seorang anak yg tak dapat kasih sayang seorang ibu sejati, menumpang kasih dengan mak melakan je.. Lawak juga bila kami tanya macam mana dia kenal abang Chop. Dia kata dia jumpa abang Cop dalam bas. Abang Cop tu konduktor bas. Kak Shu naik bas semasa nak dapat rawatan di Hospital Alor Star masa tu. Kami tanya macam mana abang Cop berhubung dgn kak Shu lepas tu dalam keadaan tak ada phone. Abang Cop kata dia cari la sampai dapat.
Abang Cop nampak tak berapa sihat. Tak sure ada kanser atau tidak. Perlu buat rawatan susulan. Dah kurus sebab tak lalu makan masa duduk 19 hari kat hospital. Dia kata hari2 dr ambil darah. Biasalah tu bila dah duduk hospital.  Kami duduk sampai kul 5.15 pm. Terus gerak balik SP. Asalnya nak singgah rumah Biah tapi tak jadi sebab dah lewat petang. Kami kena harung perjalanan 4 jam sebab jalan jam. 
Itulah kisah ziarah aku ke rumah Kak Shu. 









Sempat ambil gambar dengan dua budak ni Farhana dan Anis.. 


Friday, 29 November 2024

MajlisRestu Ilmu SPM 2024

Hari ni Hadir ke majlis restu ilmu SPM 2024. Tak plan pun nak hadir ke majlis ini. 









Sunday, 24 November 2024

MUKTABAR - Muzakarah Tarbiyah IKRAM Melaka

23 November 2024 - Pejabat IKRAM Melaka

Team usrah aku terlibat dengan muzakarah (perbincangan dua hala) untuk mengemakini tarbiyah ahli-ahli usrah di Melaka












Thursday, 16 September 2021

Vaksin's Day


17 September 2021
Fyrdaus dapat dos Vaksin Ke2 - Sonovax di Encore Bandar Hilir Melaka. 




Saturday, 5 June 2021

Memory Raya 2019

FB ulang Memori 6 jun 2019, Raya Aidil Fitri. Kenangan Amir belanja deco rumah baru. 

Alhamdulillah tahun ni dapat beraya di rumah ‘baru’ dengan penuh kesyukuran. Terima kasih Amir Naufal kerana menjadikan impian ummi satu kenyataan. Semoga Allah luaskan rezeki anak2 ummi.



















Thursday, 3 June 2021

Kejutan Hari Ini: dapat hadiah

Petang ni mendapat kejutan hadiah dari Cikgu Amelia Suib, salah seorang pelanggan buku dan pengguna channel fizicmozac. Wow dapat telekong Siti Khadijah berharga RM168.00. Memang dah lama teringin nak beli.

Waalaikumsalam. Betul. Harap akak suka. Saya selalu guna bahan akak. Sangat membantu. Bukan sikit masa dan tenaga untuk menghasilkan bahan2 dlm fizik MOZAC tu. Moga Allah tambahkan lagi rezeki buat akak sekeluarga. Aamiin. 😘😘😘

Ni responsku
MasyaAllah. Suka sangat2. Tak expect sampai ke tahap nak dapat macam ni 😊🌹 tqvm 
Akak ikhlas buat semua ni. Semoga Allah terima semua amalan kita sebagai penyampai ilmu pada anak2 didik kita. 😊