Alhamdulillah aku dapat balik ke rumah Inat di Taman Ria Sungai Petani sempena Hari raya Aidil Adha. Kali ni ditemani Amir dan Ina. Kami bertolak rabu 4 jun petang dan sampai kul 11.30 mlm. Baru balik dari UK sehari sebelum tu. Cadang nak balik seminggu. Antara tujuan utama selain nak beraya bersama2 sekeluarga ialah nak ziarah Kak Shu kat Kuala Nerang. Dengar abang Chop tak sihat. Kak Shu pun katanya tak berapa sihat.
Alhamdulillah dapat jumpa kak Shu setelah dua tahun. Nampak sihat pada usia 66 tahun. Tapi tak berapa kuat la nak buat kerja remeh2 macam masak. Itu pun ada menantu tolong sediakan hidangan bihun goreng untuk kami. Anak sulung kak Shu, Yuslan (Lan) belikan lemang kosong. Sedap juga. Aku makan la tiga ketul utk lepas geram.
Lepas tu Kak Shu jamu pula durian dari pokok kat kebun. Makanla empat ulas. Apapun seronok tengok kak Shu ceria dengan ziarah kami. Siap bercerita kisah lama. Yang sedihnya bila dia kata dulu dia tak dapat kasih sayang seorang ibu. Maknya tak bela kak Shu selepas bercerai dgn abah. Mak kak shu merupakan isteri kedua abah. Lepas bercerai baru abah kahwin dengan mak. Mak saudara Wa Bedah bela kak Shu dari kecil. Mak aku ada jaga kak Shu sebab senang dia nak pi sekolah. Tapi tak lama lepas tu dia cabut lari, agaknya mak aku ni garang kot...
Tu la kisahnya perasaan sedih seorang anak yg tak dapat kasih sayang seorang ibu sejati, menumpang kasih dengan mak melakan je.. Lawak juga bila kami tanya macam mana dia kenal abang Chop. Dia kata dia jumpa abang Cop dalam bas. Abang Cop tu konduktor bas. Kak Shu naik bas semasa nak dapat rawatan di Hospital Alor Star masa tu. Kami tanya macam mana abang Cop berhubung dgn kak Shu lepas tu dalam keadaan tak ada phone. Abang Cop kata dia cari la sampai dapat.
Abang Cop nampak tak berapa sihat. Tak sure ada kanser atau tidak. Perlu buat rawatan susulan. Dah kurus sebab tak lalu makan masa duduk 19 hari kat hospital. Dia kata hari2 dr ambil darah. Biasalah tu bila dah duduk hospital. Kami duduk sampai kul 5.15 pm. Terus gerak balik SP. Asalnya nak singgah rumah Biah tapi tak jadi sebab dah lewat petang. Kami kena harung perjalanan 4 jam sebab jalan jam.
Itulah kisah ziarah aku ke rumah Kak Shu.
Sempat ambil gambar dengan dua budak ni Farhana dan Anis..
No comments:
Post a Comment