Monday, 3 July 2017

Shouqqie masuk MMU

Hari ini Qie mendaftar di MMU.  Aku rasa sungguh bersyukur sebab tanpa diduga Qie dapat biasiswa daripada YTM ie Yayasan Telekom Malaysia.  Biasiswa pengajian selama 4 tahun dengan package mendapat pekerjaan bersama TM selepas graduate.  Satu offer yang patut diterima tanpa perlu berfikir panjang.  Dia ditawarkan kursus Telecomunication Engineering di MMU Melaka.  Jauh sikit daripada Mozac.  
Qie kena duduk di asrama untuk selama setahun.  Setiap bulan dia dapat elaun sara hidup sebanyak RM900 termasuk yuran penempatan.  
Perjalanan hidup Qie dalam mengejar ilmu tidaklah seindah seperti pelajar Mozac lain.  Dalam SPM 2015 beliau tidak dapat straight A, B+ untuk chemistry dan English.  Keputusan yang membuatkan dia rasa sungguh kecewa dan sedih.  Aku tahu dia dah berusaha.  Selepas itu dia dapat peluang untuk mohon biasiswa MMU bersama Afiq rakan baiknya.  Dalam bidang fiber optic enggineering.  Aku terpaksa tolak kerana perlu bayar deposti dll sebanyak RM1500.  Aku tak mampu ketika itu.  Kebetulan Qie mengintai untuk memohon masuk Univerisity Pertahanan Awam melalui skim kadet tentera.  Dia berjaya lepas saringan awal. Malangnya dia kena reject sebab kakinya yang flat dan tidak sesuai untuk kawad.  Sekali lagi dia rasa kecewa.  
Keputusan kemasukan upu ke kursus ijazah ialah dapat Univ Pertahanan awam untuk kursus kejureteraan.  Qie terus tolak dan menerima tawaran ke Matrik Selangor di Banting.  Dia nekad untuk terus mencari kecemerlangan di sana.  Dia betul-betul struggle untuk dapat A untuk semua subjek.  Akhirnya dapat 3.9 lebih untuk semester 1.  slack matematik dapat A-.
Rupanya dia gunakan result itu untuk apply biasiswa Mybrain dan YTM.  Dia memohon untuk ambil kursus fizik di UKM sebagai pilihan pertama.  Tanpa diduga Allah beri dia Biasiswa YTM.  Interviewnya dibuat masa aku di Madinah.  Abangnya Amir yang telah bawanya ke interview dan bermalam di rumah Angah adikku.
Tu la setiap kekecewaan itu adakalanya membawa kebaikan kepada diri kita.  Asalkan kita banyak mengadu pada Allah dan memohon daripadaNya tanpa jemu.  Redha dengan ujian yang diberikanNya pada kita.
Tahniah Qie.  Semoga berjaya maintain above 3.0 setiap semester dan seterusnya dapat result paling cemerlang.