Saturday, 5 June 2021

Memory Raya 2019

FB ulang Memori 6 jun 2019, Raya Aidil Fitri. Kenangan Amir belanja deco rumah baru. 

Alhamdulillah tahun ni dapat beraya di rumah ‘baru’ dengan penuh kesyukuran. Terima kasih Amir Naufal kerana menjadikan impian ummi satu kenyataan. Semoga Allah luaskan rezeki anak2 ummi.



















Thursday, 3 June 2021

Kejutan Hari Ini: dapat hadiah

Petang ni mendapat kejutan hadiah dari Cikgu Amelia Suib, salah seorang pelanggan buku dan pengguna channel fizicmozac. Wow dapat telekong Siti Khadijah berharga RM168.00. Memang dah lama teringin nak beli.

Waalaikumsalam. Betul. Harap akak suka. Saya selalu guna bahan akak. Sangat membantu. Bukan sikit masa dan tenaga untuk menghasilkan bahan2 dlm fizik MOZAC tu. Moga Allah tambahkan lagi rezeki buat akak sekeluarga. Aamiin. 😘😘😘

Ni responsku
MasyaAllah. Suka sangat2. Tak expect sampai ke tahap nak dapat macam ni 😊🌹 tqvm 
Akak ikhlas buat semua ni. Semoga Allah terima semua amalan kita sebagai penyampai ilmu pada anak2 didik kita. 😊